Dec 31, 2008

Rumah Sewa Baruku

Akhirnya aku dpt jugak rumah baru utk aku sewa selama 2 bulan. Sebab mencari rumah ini jugak, Christmas holiday aku hanya di Waterloo. Dahlah masa Christmas tu aku sangap kat rumah sorang2 bertemankan laptop aku ni. Haritu tu jugak aku kena kencing dgn kedai pizza punya org. Sebab sebelum Christmas tu, aku tanya anak tuan kedai tu, buka tak masa Christmas and Boxing Day, dia dgn yakin ckp buka. Pergi je kat kedai tu, tutup, dah lah jauh nak pergi tu. Akhirnya aku masak ape yg ade, sedap tak sedap layan je.  

Masa boxing day, ialah waktu bershopping. Ade barang btul2 dia cut harga, ade yg biasa je sales utk Christmas. Balik dari pergi shopping tu, aku telefon dulu kedai pizza, order large pizza dgn 3 toppings, aku ckp nanti aku angkat. Sampai kat kedai tu aku borak dgn tuan kedai tu, aku tanya dia, kenape tak buka semalam. Dia ckp, dia dtg kedai, tapi semua kedai sekeliling dia tutup, so dia pun tutup. Then aku tanya lagi, tak sambut Christmas ke, dia ckp Christmas dia on 7 Jan for Orthodox Christian. Okay.  

Tiga hari lepas lepas boxing day, aku bgtau tuan rumah baru ni aku nak pindah. Dia dgn baik hati pergi angkat dekat apartment yg aku duduk tu. Lepas tu siap offer kat aku, nak pergi supermarket beli barang dapur ke, aku ckp ok je. Sampai je kat rumah tu, tgk bilik, mmg oklah sebab dulu masa aku dtg hanya ade couch je, so aku ingat tido kat situ. Tapi dia org sediakan katil sekali, sudah bagus tu.

Rumah dah dpt, kira dah tak mengelabah lah aku, boleh pikir bende lain pulak. Ingat nak sambut new year kat Toronto, saje mengade2 nak tgk bunga api (padahal kat KL tak pernah sambut pun). Lepas tu student Phd tu ajak tgk bunga api kat Niagara, ape lagi, aku ckp okay je. Tapi tadi dia ckp tak jadi, sebab tgk kat forecast, mlm ni suhu kat Niagara lebih kurang -25degCel. Tgklah mcm mana nanti, takut dia tukar plan nak pergi gak ke. 

(Happy New Year)

Rumah baru ni takde side walk, tak payah shovel :)



Ni dalam rumah, nasib baik aku tak reti main piano

Dec 21, 2008

Winter Storm

Jumaat, 19 Dec - Pagi tu aku bangun tidur, tgk kat luar mcm snowing je. Aku nak gi lab ni, lagipun nak sembahyang jumaat kat sekolah. Lepas bersiap, pergi bawah, tgk jalan dah penuh dgn snow, aku ikut kereta punya jalan, kalo lalu kat situ tak tebal lah snow(sebab takde winter boot). Time tu pulak dgn snow (snow+air) jatuh kat muka, sakit gila dgn angin kuat. Nasib baik bas on time, tak lama sangat nak tunggu bas nye. Sampai kat lab, baca paper, dia org ckp winter storm. Selalunya kalo winter storm, sekolah akan tutup, tapi haritu last exam, buka gak. 

Masa balik lunch, ade nampak lah, kereta sangkut tak boleh jalan, ade gak yg tgh shovel snow kat area kereta dia org. Dgr2, ade gak accident kat town. Macam2.
   




Tgh tunggu bas, basah gak lah kasut aku
Ni lobby apartment aku.

Dec 17, 2008

Ice Melting and Christmas Holiday

Next week is school holiday and probably for 2 weeks. The university will be locked and I will remote the computer from my home. It is long holiday, crap, everyone will celebrate the Christmas and for me, still need to do my research :(....... Then, something is just pop up in my head, plan your holiday man. 

Now, I am trying to plan the 'best' holiday for this year. 1st: attending the RIS conference at Toronto, 2nd: stay at home, doing the research :(, 3rd:shopping, 4th:skiing. So, tgklah nanti,mungkin hanya yg 2nd,3rd and 4th je kot. Sebab, for the RIS, you need to pay for $50 for the fee, kalo ada duit lebih, insyaAllah. 

So, what is the point of ice melting and christmas holiday? Dont know,  two different things lah. 

This is the story about ice melting. Kat sini kalo kita tinggal mcm rumah sebuah2 (i dont know what do you called it) kena shovel the snow yg kat walkway. Sebab kalo org terjatuh disebabkan snow kat depan rumahtu, tuan rumah boleh kena denda. Tapi aku takde pengalamanlah sebab duduk kat apartment. Tapi kadang2 aku nampak lah auntie tu pagi2 susah payah shovel, lepas tu tabur garam kat walkway tu. Aku rasa garam tu nak cairkan ice kot. Cari kat google dan akhirnya aku dpt link ttg garam rendahkan tahap beku air.  Teringat pulak dulu belaja kimia, sebatian (molekulA+molekulB) lagi rendah/tinggi tahap didih. 

Dec 12, 2008

4G technology?

Mobile phone technology berkembang pesat dgn adanya GSM. Dalam berape bulan sahaja company phone released a new hand phone. Pada dasarnya lebih kurang sama je dgn version yg lama, mungkin lagi kecik dan tambah features. Dan org berlumba2 beli phone yg baru, kdg2 hanya utk text and voice call je. Tapi dengan adanya smartphone, lebih byk features boleh digunakan. Ditambah dgn 3G technology, yg provides high speed connection. Tapi masalah dgn 3G, speed connection tak seperti ape yg ITU punya specs. Even dekat US, penggunaan 3G tak berape popular sangat, disebabkan data plan yg mahal, dan speed yg kurang. Mungkin di Jepun, kita tak boleh nafikan dia org punya connection, sampaikan boleh tgk streaming TV guna mobile phone. 3G ni menggunakan 2 plan, for voice and data. So, kalo sesuatu tempat tu nak enable 3G, provider kena tukar/tambah base station baru. Cost, bagi provider kalo hanya ade 10 orang yg subscribe 3G. 

Setakat ni ITU belum keluarkan lagi 4G for commercial deployment. Dan tak tau lagi bila masa yg sebenar ITU akan keluarkan. Tapi ada provider kat Malaysia claimed guna 4G technology, mungkin utk tarik pelanggan guna dia org punya service.

Dec 7, 2008

Shiver / Mengigil

Sekarang ni winter dekat Canada ni, dan suhu kat sini mmg sejuk gila. Then aku cuba tgk latitude Waterloo, Canada dan compare dgn London, UK. Kalo nak compare latitude, London lebih utara dari Waterloo, tapi bila aku tgk suhu (Waterloo = -14degCel, 9pm) (London = 0degCel, 2am). Ni disebabkan paksi bumi ni condong.  So, jarak antara bumi dgn matahari lebih jauh di Waterloo compared with London. 

Kalo korang nak dtg sini waktu winter, jgn beli winter coat dekat Malaysia, beli kat Canada, sebab baju dia org lebih tebal dan mmg sesuai dengan suhu kat sini. Tapi tgk jugak Canada area mana, kalo Vancouver, suhu dia tak berape sejuk sangat. Aku kat sini, dah beli winter coat, cuma takde winter boot je. Selamba aku harung guna running shoe je, tapi masalah utama ialah jalan licin. Ade gak beberape kali aku berjoget atas jalan, nak balance dari jatuh. Tapi bila ko dah ade pengalaman skit, ko tau nak pijak kat area mana. Aku prefer pijak kat area byk snow, daripada area yg org selalu jalan. Sebab kat tempat org selalu jalan tu, dia dah jadi mcm ais. Tapi masalahnya kalo pijak byk snow, kasut akan mula basah. 

Bila sejuk ni, selalunya tangan masuk dlm pocket atau pakai gloves, kepala plak tutup dgn touque. Sebab kepalalah tempat paling byk pembebasan haba. Dan jari tangan tempat yg paling sejuk sebab salur darah mengecil masa time sejuk tu, sebab darah byk diperlukan utk panas kan otak. Bila dah time otak tu dah sampai warning, badan akan automatik mengigil. Kita mengigil sebab hendak panaskan badan. Macam kenape kita berpeluh, sebab nak sejuk kan badan. So, kalo dah start mengigil, lebih baik cari tempat yg lebih panas, kalo tak bahaya, takut hypothermia. 

Sekarang ni aku tak berkesempatan je nak main snow :D, tgklah, ade rezeki gi main ski dekat Chicopee

Dec 3, 2008

Free Lunch - ECE Grad Students

28 Nov, Jumaat - ECE @ Electrical and Computer Engineering ada buat free lunch utk grad students. Mula2 aku pun tak tau, pagi2 tu dah bawa thermos pegi beli coffee kat Math Dept.  Dah lah aku tuang air dalam thermos tu tertumpah, so kena bersihkan kat washroom. Kat dlm washroom tu terjumpa plak Noman (member satu lab), dia nampak aku terus ckp, let's go for free lunch, aku tanya balik kat mana, dia ckp, just follow me. Cunlah. Masuk lab dulu letak thermos tu, Noman pulak panggil grad students kat dlm lab tu. So, sape yg ada kat lab tu, pergi sama2. Dalam perjalanan tu aku borak dgn Edgar (Mexican), dia ckp ini free lunch utk grad students je. okay, what about for visiting student? jalan je, sebab aku ni grad gak :D. Sampai kat conference room tu, ramai dah ada org, semua nak dptkan free lunch. Ambik makanan pun berhimpit2 gak lah, biasa lah bila dah free. Aku makan tuna sandwich je dgn buah2 skit and pop. Ade gak pizza, tapi tak berani nak makan :D  

Nov 26, 2008

Future Phone

Sekarang ni Iphone leading dalam smartphone category beats RIM (Blackberry). Tapi interm of cellphones, Nokia still the leader. Kalo aku pun, prefer Iphone dari Blacberry, sebab dengan harga yg sama, ko boleh dpt lagi byk features. The best thing is the touch screen. Iphone guna multi-touch screen dan kalo tak salah aku, dia org patent the touch screen. Tak lama lagi RIM akan keluarkan juga Blackberry Storm yg gunakan touch screen. 

Tapi di Jepun, phone2 ni tak popular sangat. Aku ada terbaca Japanese prefer phone dia org sebab lebih technology tinggi. Dia org boleh stream TV guna dataline je. So, tak tau berape connection speednya. Dan macam2 function lagi. 

Februari ni ada big conference, International Solid State Circuits Conference. Renesas akan present dia org punya mobile application yg boleh running high def video. Di tambah dgn Toshiba and SanDisk with their 32Gbits NAND flash chip.  

Tapi dengan economy downturn, mungkin demand tak byk. Tapi still new technology akan release. Economy on 2009 akan lebih buruk, dan mungkin nanti aku balik Malaysia sebagai penganggur :(

Nov 23, 2008

Ottawa - Gothic Architecture

Nov 19, aku join Tuan Amran nak pergi ke Ottawa. Dia nak renew dia punya passport, tapi aku pergi hanya utk berjalan-jalan :D. Kita org bertolak lepas maghrib, singgah di Ajax. Bermalam kat situ sebab bahaya jalan malam2 dengan light snow.  Sampai di Ajak pun dah pukul 9pm mcm tu, dan kat area situ pun still light snow. Mlm tu berborak dgn tuan rumah, Mr. Iqbal (Malaysian guy), dan dia cerita mcm mana start stay kat Canada, dan mcm mana susah nak dptkan kerja, kalo takde experienced kerja kat Canada. Tapi dia tu gigih dan sekarang ni pun dah ada rumah sendiri. 

Khamis, pagi dalam pukul 11am kita org bertolak dari Ajax nak pergi ke Ottawa. Perjalanan mungkin ambil masa dalam 5jam dari Ajax. Tapi berhenti gak, kat service center (RnR), pekena kopi dan makan ape yg dibekal dari Ajax. Sampai, Ottawa dalam pukul 6pm, dan aku kena cari tempat nak tidur mlm tu, Tuan Amran family stay kat rumah satu Malaysian family kat sini. Aku ingat nak stay kat rumah student kat Ottawa, tapi tak kenal, aku just kenal budak Toronto. Tapi aku dah inform gak kat budak Toronto, yg aku nak dtg Ottawa. Lastly, aku nekad, tido kat hostel backpackers je lah. 

Aku search kat internet ttg hostel backpackers, tapi aku tak print map dia, so kena tanya org kat mana, lastly jumpa gak hostel tu. Register, ckp nak overnight 1 mlm, walaupun aku stay Ottawa sepatutnya 2 mlm, tapi esok aku cuba iktiar mana tau, tgh jalan2 tu jumpa budak Malaysian ke. Dapat bed, kemas ape yg patut, dan ada gak sorang Australian tgh packing nak blah esok nak pergi Montreal. Dia ckp Australian n New Zealand sekarang ni tgh cuti study, so dia jalan2 ke Canada. Borak2 sikit, badan penat, dan ingat nak blah awal2 esok pagi, baring and tido.

Bangun pagi Jumaat tu, tgk phone ade msg, seorang budak Carleton U, Ottawa, add aku dlm Facebook. Nasib baik aku registered mobile Facebook, lepas tu aku msg budak tu, minta no phone dia, and dgn muka tak malu ckp nak overnight kat situ. Dia ckp, dtg lah kat Carleton U tu, jumpa kat sana, lagipun Malaysian students ada buka booth utk International Students Week. Lepas mandi, gi breakfast, lepas tu pergi parlimen kat Ottawa. Ambik gambar sikit, and planning nak pergi ke Carleton U, nak jumpa seorang Malaysian student ni. 

Sampai Carleton U, jumpa budak tu (Khamsani), dia pun kenalkan dgn budak2 yg jaga booth tu. Then pergi plak sembahyang jumaat, kat situ, dan aku dpt msg dari Sood, budak Qatar yg aku tumpang dia pergi Niagara tempoh hari. Cantiklah, dia pun nak guide aku jalan2 kat Ottawa tu, lagipun budak2 Malaysia tgh sibuk dgn booth tu. Lepas sembahyang, planning nak pergi Museum Civilization kat Quebec. Quebec ni just sebelah Ottawa, dan kebykan org kat Quebec ni ckp France. Menarik gak museum tu, ttg Canada, dari masa Red Indian, sampai ke jajahan British/France.

Mlm tu kita org dinner, aku makan Shawarma je. Lepas tu Sood offer suruh makan BeaverTails, antara yg perlu dicuba, walaupun sebenarnya rasanya takde special mana pun. Aku cuba dgn topping chocolate. Balik tu, tanya address Khamsani, dan lepak kat rumah dia, dgn 2 org students Malaysia lagi. Students ni ckp, lagi best datang dalam February macam tu, ada Winterlude kat Ottawa, mcm2 aktiviti ais, mcm skating kat Rideau Canal, ice sculptures..etc.

Ni hostel yg aku tinggal





Ni parlimen kat Ottawa

Patung perempuan yg naik kuda tu Elizabeth 2
Ni Rideau canal, nanti air canal tu freezing, canal ni nanti jadi tempt org main ski
Ni, gambar kat museum, kapal red indian kot
Pakaian red indian, ade moccasin and mohawk

Ni masa time cowboy kot

Rumah org besar British

Lepas zaman Renaissance kot
Bengkel kapal Mr. Tom

Nov 16, 2008

Changeling

Sabtu tgh hari aku pergi tgk rumah yg aku nak sewa pada Jan & Feb nanti. Aku pergi sana hanya bersandarkan hoodie and t-shirt. Lagipun aku tgk weather forecast, hanya light rain dan suhu dalam 5-8deg cel. Aku naik bas, dan planning nak turun kat bus stop mana. Sampai kat bus stop tu, still hujan renyai, tanpa payung, aku redah je pergi ke rumah tu. Dalam 5 minit baru sampai, dgn angin yg bertiup ditambah dgn suhu mcm tu, aku dah sejuk gila. Jumpa je tuan rumah, salam, dia pun tanya sejuk ke kat luar, mmg sejuk gila pun. Tgk rumah, not bad, tapi dalam hati aku, kalo winter nanti mcm mana lah, aku nak harungi tu semua. Aku bagitau dia, aku akan confirm on the next tuesday. 

Balik tu, tunggu punya tunggu bas, tak sampai, dalam hati aku, ada kah aku akan kena frosbite ni, tgk tangan, merah lagi, oklah. Aku kena cari tempat berteduh, jalan punya jalan, ade satu supermarket, lepak jap dalam tu, panas kan badan, tgk pada schedule bas. Bila dah hampir bas datang, terus pergi ke bus stop, tunggu dalam 1-2minit, bas pun sampai, dalam hati aku lega sikit. 

Bila malam, aku tanya housemate aku, pernah tak hujan+snow. Dia cakap ada gak, aduh parah....bila dah malam sikit, dia tunjuk kat luar, tu hujan+snow+angin. Argghhhh. Malam tu gak kawan housemate aku Mustafa datang kat rumah tu. Borak2, then housemate aku ajak pegi tgk wayang. Aku tanya, movie ape, dia ckp tak tau lagi, lepas tu dia tanya lagi, tak nak feel ke cuaca kat luar tu. Oklah, turun bawah, pergi ke kereta, jalan penuh dgn salji+air. Aku tak pakai winter boot, so, jalan licin dengan sejuk kaki, salji+air bertimpa2, dengan angin pulak. Nasib baik naik kereta, kalo tunggu bas ke, jalan kaki ke. Mampus.

Mlm tu tgk movie Changeling by Clint Eastwood. Ape yg nak disampaikan tu best, tapi movie ni bukan action, just mystery drama. Satu lagi, movie ni inspired by a true story, tgk lah mcm mana polis kat LA settle case. 
changeling - a child believed to have been secretly substituted by fairies for the parents’ real child in infancy.

Ticket wayang, $9.95 Cad dollar
Kesan snow malam tadi
Apartment yg aku duduk sama dgn yg kanan tu
Mcm ghost town, kalo weekend, 10am

Nov 13, 2008

Remembrance Day

11 Nov lalu ialah Remembrance Day kat Canada. Tapi kat Ontario, Remembrance Day tak cuti. Sebenarnya Remembrance Day ni sama dengan kita punya Hari Pahlawan. Kira dia org nak ingat balik lah pahlawan2 negara dia org ni. Digalakkan pada hari pahlawan tu, semat bunga poppy kat dada kiri. Kenape dia org pilih bunga ni, korang boleh refer kat Wiki. Bunga poppy plastic ni dia org distribute kat rumah2 dan kat Tim Horton pun ada gak, terpulanglah nak sedekah berape byk kat foundation dia org tu. 

Haritu pagi2 aku gi Tim Horton nak beli coffee, nak dekat pukul 11pagi gak lah. Beraturlah kat kedai tu, lepas tu aku tgk pasal ape tak gerak2 queue ni, tgk auntie2 yg jual tu mcm patung je, tak bergerak langsung, lama gak dia org jadi patung tu. Lantaklah korang nak buat ape, yg penting aku dpt coffee aku. Balik tu, aku try search kat wiki, rupanya dia org kena silence for 2 minutes at 11am on 11 Nov. 

*31 July, Hari Pahlawan - pakai bunga raya ke ?

Nov 10, 2008

Edit photo ... online

Let say korang ada gambar and then kat pc takde photo editor, walaupun sebenarnya ada je Paint by Windows, or Gimp kat linux, tapi sebab tak tau guna ke ape ke, itu lantak korang lah. Kat sini ada links for online photo editor, yg kira cool gak, boleh fix redeye, modify the photo contrast even boleh convert your photo to animated picture. 

Berguna jugak online photo editor ni kalo korang pergi melawat mana2 tempat dan tak sabar2 nak upload gambar utk tatapan sedara mara, sahabat andai, sepupu sepapat, anak beranak dan cucu cicit, kira touch up sikit2 then upload.

Nov 6, 2008

Qibla Locator

Sekarang ni, dengan adanya google map, kita boleh tentukan sama ada betul ke arah Qibla kat rumah ke atau kat opis ke. Ada satu website yg boleh locate the direction by interfacing with the google map, kira cool jugak idea dia ni. Korang just key in the location, then nanti ada direction to Mekah. Kat sini ada contoh yg aku locate surau MMU punya Qibla 


Tapi depends on location jugak lah, aku tak sure sama ada seluruh Malaysia dah ada dalam google map ni, atau certain places je. 

Nov 3, 2008

Poor Asian Student?

Sekarang ni aku telah mendapat port baru utk dptkan coffee yg murah. Sebelum ni, aku hanya minum di Tim Horton, yg boleh di anggap mahal kalo di dalam campus. Kawan Pakistan satu lab aku telah ajar aku, mcm mana nak dptkan coffee murah. Satu haritu dia ajak aku pegi Math Faculty dan beli kat coffee shop situ. Harga nya boleh dikira murah, dan dekat dari lab aku. Walaupun ade tempat lagi murah, kat Engineering building, tapi terlalu jauh dari lab aku. 

Tadi, aku pergi nak beli french vanilla + snickers. Dah lepas isi french vanilla tu dan ambik snickers, gi counter. Amoi tu cakap $2.60, aku confident bagi 3 ketul duit syiling yg aku ingatkan jumlah nye lebih $2.60. Tapi sebenarnya hanya $2.50 ($2+$0.25+$0.25), then Amoi tu tanya aku: you have a dime? Aku selamba jawab takde, mmg aku takde pun 10sen, tapi ade je duit besar :D. Amoi tu tak tanya byk, dia terus kira duit satu sen (duit lebih yg selalu org tinggalkan) atas meja dia. Dia org ni mmg nak cepat je, ntah ape yg dikejarkan nye aku pun tak tau. 

*Agaknya lepas ni kalo dia tgk aku, mesti dia ckp, sengkek punya budak ni, ntah dari ceruk mana agaknya

Firefox, Chrome Addon - Dictionary

Kadang2 aku baca article English tak faham wording yg pelik2, so aku akan select word tu, copy then pergi ke website dictionary. Kadang2 bende ni leceh, nak copy, paste then nak taip address lah. 

Aku search kat internet, ada addon utk sesape yg guna Firefox atau Chrome browser. Search punya search dpt satu addon, tapi yg problem dgn addon ni, dia akan buka site dictionary tu on the same window. Aku modify sikit supaya bila kita click dia akan open a new window, dia guna javascript je pun :D.  Bawah ni, javascript tu, korang hanya perlu add kat toolbar bookmark.

javascript:void(q=prompt('Dictionary.com%20Search:',getSelection()));if(q)%20void(window.open('http://dictionary.reference.com/search?r=1&q='%20+%20escape(q)))

Ni, utk English to Malay dictionary.

javascript:void(q=prompt('EnglishMalay%20Search:',getSelection()));if(q)%20void(window.open('http://pgoh13.free.fr/dico_answer.php?query_english='%20+%20escape(q)))

Lepas dah add kat toolbar bookmark, select word yg tak faham, then click on bookmark tu. Ia akan open a new window dan direct to site dictionary.  So, kalo tak faham, let me know, boleh aku letak gambar step by step.

Nov 1, 2008

Fall Season

Sabtu, 01 Nov - Walaupun haritu dah ada snow, tapi musim still in the fall season. Pelik sikit cuaca kat sini. So, bosan2 duk kat umah, aku gi lab tgk simulation, tak abis gak yg aku simulate dari jumaat lepas, then gi jalan2 kat Waterloo Park. Ambik gambar pokok2 yang telah bertukar warna dan nampak pulak keretapi kat station Waterloo tu. Aku planning nak berjalan kaki sampai ke Uptown Waterloo. 

Dari Uptown Waterloo, aku berjalan kaki lagi kat King Street. Pekena coffee kat Tim Horton, then ternampak padang bola kat Wilfred Laurier University. Aku lepak jap tgk org main bola dgn menghirup coffee. Ade gak minah tu, tgh berlatih bola sorang2, mungkin member yg lain tak bangun tidur dari Halloween malam semalam kot. Padang nampak macam 'carpet', tak tau lah kalo jatuh tersiat tak kulit tu :D





Oct 29, 2008

First Snow

Oct 29 - Pagi tadi lepas aku bangun je, tgk luar, salji dah turun. Walaupun sekarang ni fall season, dah mula salji. Itu yg aku kurang gemar sikit Canada ni, sejuk melampau sangat. Tadi pergi campus, pakai snow cap, kurang lah sikit sejuknya tu, tapi kat area muka ni, sejuknya tak tau lah nak cakap ape. Suhu masa nak pergi campus tadi dlm -5degCelcius. Sebenarnya yg buat lagi sejuk tu, bila angin tiup, time tu jari kaki pun terasa sejuk. Mungkin aku pakai running shoes kot, kalo pakai leather boot mungkin ok ke. Bawah ni ada gambar aku tangkap dari apartment yg aku duduk tu.


Oct 27, 2008

Tee-Oh aka Toronto

Semasa kat Toronto, hari Ahad tu, aku sempat melawat University of Toronto yg kira bangunan dia org ni mcm medieval age lah. UoT established 1827, dan campus yg aku pergi tu boleh dikira sebagai city campus. So, dia org ni kira mcm ada beberapa landmark, dan salah satunya University College (gambar pertama). Bangunan tu hampir 181 tahun, dan menjadi kebanggan students gak lah. Beza dgn Waterloo, yg established on 1957, hampir semuanya kira bangunan baru gak lah, itu sebab aku tak ambik gambar sangat :D. 

Habis berjalan kat UoT, ingat nak pergi CN tower dan Harbourfront, tapi dgn hujan dan angin yg kuat, aku dan Arif (student UoT, budak rumah yg aku tumpang) terpaksa balik rumah dulu. Lepas asar baru ingat nak pergi. Akhirnya aku hanya sempat sampai ke CN tower, dan tak sempat nak pergi Harbourfront sebab bas aku pkul 7.

Bas kat sini, lain macam sikit.. kena datang terminal dalam 30min awal, sebab ticket tu takde seat number. Let say, kita datang lambat, org dah queue dan kalo bas dah full, terpaksalah naik bas yg lepas tu. Kira first come, first served. Sampaikan haritu ade pakcik tua, datang lambat skit, dgn selamba ade budak tu ckp kat pakcik tu, beratur kat belakang.