Jan 31, 2009

Skiing

Harini aku pergi join skiing kat area sini. Pagi2 kena pergi sebab ade lesson yang kena belajar utk beginner mcm aku ni. Sampai je kat tempat tu, register, lepas tu pergi tempat sewa kasut dgn ski tu. Aku minta size kasut tu, dan mmg fit dgn kaki aku. Baru aku tau berape berat nye kasut ski ni, dan tinggi kasut tu sampai keting. So, ko akan berlajan mcm robot. Lepas ambik ski, org yg ajar tu tunjuk cara nak plug kasut tu kat ski tu. Lepas tu dia suruh pergi kat area berbukit sedikit. Dia dgn cepat melangkah, aku cuba gak berjalan dgn ski tu, tapi mcm berjalan pada tempat yg sama. Akhirnya sampai jugak kat tempat dia ajar tu. Dia ajar cara nak turun, stop dan turning. Lepas dia dah ajar, pergi naik bukit tinggi sedikit, try turun and stop. 

Pada kecerunan yg biasa, mmg simple je. Aku boleh jugak turn kiri kanan, dan stop. Cuba beberape kali, dan rasa tercabar jugak sebab aku nampak budak2 3-4 tahun lagi hebat bermain ski daripada aku. Aku memberanikan diri naik chair lift utk pergi ke bukit yg tinggi sedikit dari tadi. Dengan selamba aku menawan bukit tu. Dan cuba satu lagi bukit, sedikit mencabar, kelajuan yg dikira ok lagi. Kelajuan menuruni bukit tu boleh di kawal kalo pandai ke kiri dan ke kanan. Untuk kedua dan ketiga kali gak aku turun lurus je, takde feel langsung. Aku nak cuba praktikan ape yg aku belaja tadi, turning kekiri dan kekanan, dan pada ketika itu lah, aku tak dpt imbangi badan dan tergolek sehinggakan ski aku tu tercabut. Jatuh adalah perkara biasa bagi beginner ni. Tapi susah gak, sebab dlm keadaan curam, nak bangun dan tak nak tergelongsor kebawah. 

Ada jugak student yg main snowboarding, dan dia org ckp, ski lagi senang dari snowboard. Bila aku tanya student Canada yg main snowboard, dia ckp senang je snowboard. Aku tanya lagi, sejak bila ko main snowboard ni, dia ckp sejak dari sekolah rendah lagi. Aku berhenti main, bila jari aku dah sejuk gila, hampir 5 jam jugak aku main. Pengalaman je lah, sebab jatuh pun tak sakit, tapi kaki ko berlipat lah. Tu sebab dia org kat sini, suruh budak2 kecik ni main, graviti rendah, nak bangun pun senang. 

Jan 19, 2009

Google Map...a cloudy sky

Aku bosan2 tgk Google map utk tgk jalan nak ke utara dari area rumah aku. Aku search kat Google map, dan area situ tak nampak sebabkan berawan. 
Sebelum ni aku search mmg nampak jelas kawasan tu, mungkin Google dah 
update database dia. Aku teringat dulu masa belaja Radar, lecturer aku ade 
ckp, yg Malaysia ni, kawasan byk berawan, dan certain tempat tu mmg 
susah nak nampak dari angkasa guna satellite. Tapi kalo korang search by 
map, boleh nampak jalan2 tu.

Jan 15, 2009

Sejuk.....

Lama juga aku tak update blog ni. Bukan ape, sebab takde cerita yg menarik dan aku tak pergi mana2, hanya di kawasan Waterloo ni je. Atas alasan, sekarang ni cuaca sejuk melampau. 

Tadi lepas aku pekena Kobideh kat kedai Iran tu, aku pergi bus stop nak naik bas utk balik. Tgk schedule bas, lagi 10minit, dlm hati, arghhhhh.....aku salah timing lah ni. 10 minit tunggu dlm suhu -25degCel, so, jari tangan aku dah mula sejuk, jari kaki pun lagi lah....rasa mcm nak beku....dgn hidung berair lagi....itu pun aku berlindung dlm kotak bus stop tu. Walaupun segala pakaian aku lengkap (just takde winter boot), dgn glove, winter coat, hoodie and cap....still rasa sejuk yg amat sangat. Mmg rasa tension gila. Membuatkan aku tak sabar nak balik Malaysia ni. Dan winter ni akan sampai tgh bulan 3. Kalo sampai tgh bulan 3, hampir 4 bulan jugak lah winter kat Canada ni.

Semalam aku tumpang kereta tuan rumah ni pergi sekolah. Dia pun siap ckp kat aku, minggu ni mmg sejuk melampau, dan kalau nak duduk lama kat Canada ni, better ambik kereta. 

(*tgh tunggu hari yg sesuai nak main ski)  

Dec 31, 2008

Rumah Sewa Baruku

Akhirnya aku dpt jugak rumah baru utk aku sewa selama 2 bulan. Sebab mencari rumah ini jugak, Christmas holiday aku hanya di Waterloo. Dahlah masa Christmas tu aku sangap kat rumah sorang2 bertemankan laptop aku ni. Haritu tu jugak aku kena kencing dgn kedai pizza punya org. Sebab sebelum Christmas tu, aku tanya anak tuan kedai tu, buka tak masa Christmas and Boxing Day, dia dgn yakin ckp buka. Pergi je kat kedai tu, tutup, dah lah jauh nak pergi tu. Akhirnya aku masak ape yg ade, sedap tak sedap layan je.  

Masa boxing day, ialah waktu bershopping. Ade barang btul2 dia cut harga, ade yg biasa je sales utk Christmas. Balik dari pergi shopping tu, aku telefon dulu kedai pizza, order large pizza dgn 3 toppings, aku ckp nanti aku angkat. Sampai kat kedai tu aku borak dgn tuan kedai tu, aku tanya dia, kenape tak buka semalam. Dia ckp, dia dtg kedai, tapi semua kedai sekeliling dia tutup, so dia pun tutup. Then aku tanya lagi, tak sambut Christmas ke, dia ckp Christmas dia on 7 Jan for Orthodox Christian. Okay.  

Tiga hari lepas lepas boxing day, aku bgtau tuan rumah baru ni aku nak pindah. Dia dgn baik hati pergi angkat dekat apartment yg aku duduk tu. Lepas tu siap offer kat aku, nak pergi supermarket beli barang dapur ke, aku ckp ok je. Sampai je kat rumah tu, tgk bilik, mmg oklah sebab dulu masa aku dtg hanya ade couch je, so aku ingat tido kat situ. Tapi dia org sediakan katil sekali, sudah bagus tu.

Rumah dah dpt, kira dah tak mengelabah lah aku, boleh pikir bende lain pulak. Ingat nak sambut new year kat Toronto, saje mengade2 nak tgk bunga api (padahal kat KL tak pernah sambut pun). Lepas tu student Phd tu ajak tgk bunga api kat Niagara, ape lagi, aku ckp okay je. Tapi tadi dia ckp tak jadi, sebab tgk kat forecast, mlm ni suhu kat Niagara lebih kurang -25degCel. Tgklah mcm mana nanti, takut dia tukar plan nak pergi gak ke. 

(Happy New Year)

Rumah baru ni takde side walk, tak payah shovel :)



Ni dalam rumah, nasib baik aku tak reti main piano

Dec 21, 2008

Winter Storm

Jumaat, 19 Dec - Pagi tu aku bangun tidur, tgk kat luar mcm snowing je. Aku nak gi lab ni, lagipun nak sembahyang jumaat kat sekolah. Lepas bersiap, pergi bawah, tgk jalan dah penuh dgn snow, aku ikut kereta punya jalan, kalo lalu kat situ tak tebal lah snow(sebab takde winter boot). Time tu pulak dgn snow (snow+air) jatuh kat muka, sakit gila dgn angin kuat. Nasib baik bas on time, tak lama sangat nak tunggu bas nye. Sampai kat lab, baca paper, dia org ckp winter storm. Selalunya kalo winter storm, sekolah akan tutup, tapi haritu last exam, buka gak. 

Masa balik lunch, ade nampak lah, kereta sangkut tak boleh jalan, ade gak yg tgh shovel snow kat area kereta dia org. Dgr2, ade gak accident kat town. Macam2.
   




Tgh tunggu bas, basah gak lah kasut aku
Ni lobby apartment aku.