Aug 31, 2008

2nd Day

First day, mmg penat gila, dgn jet lag, so byk tido je.... dgn waktu kat sini yg 12jam beza. Esoknya, 2nd day, dah tak bleh tido plak....hampir sehari tak tido....tgh hari lapar gi cari Shawarma, makan.... and planning nak jalan2 area Waterloo. First tempat nak pergi, ialah Waterloo park .... ade free zoo kat situ.

Family kat sini, weekend bawa anak2 pergi taman, buat BBQ, lepak2, ntah ape lagi yg dibuat aku pun tak tau... ade yg tgk binatang2 kat zoo, mungkin org luar kot.

Ni dlm perjalanan nak ke University Plaza, tempat makan. Terjumpa plak tugu, Canadian Veterans Memorial.

Area sini ade 2 U, ni salah satunya. Waterloo ni kira bandar student lah.

Ni plak station keretapi kat Waterloo. Tak tau pakai lagi ke tak, setakat aku jalan kat area sini takde plak dgr bunyi keretapi. Mungkin sentimental value kot. Layan perasaan.

Aug 29, 2008

PErit - First Day

Langkah bermula sebagai pengembara jalanan yang berlandaskan satu tujuan menuju satu destinasi yg dinamakan Waterloo, Ontario, CA. Dari KLIA, transit kat HK, approx. 3 hours. Lepas speaking Kantonis kat sana, kena naik satu lagi flight to Toronto, CA, approx. 18 hours. Ni yg PErit ni, mula2 aku duduk kat belah hujung 3 seats, so senang lah ko nak gi tandas ke, nak meregangkan otot ke. Tgh duduk tu, ade amoi minta jasa baik aku utk pindah tempat sebab dia nak lepak dgn member dia. Dengan gentle, aku yg dah dewasa ini, releks, beri laluan pada student2 undergrad Chinese ni. Lastly, disebabkan nak tunjuk gentle kali ni aku kena duduk kat tgh2 3 seats. Mmg satu pengajaran kat aku, lepas ni kalo korang nak tukar tempat, kena tgk dulu tempat yg di offer.

Dapat duduk kat tgh2, kiri Filipino, kanan Chinese mainland kot. So yg Filipino ni sape aku, tanya aku ni Filipino ke, aku jawablah Malaysian. Then aku bagi lah few facts about Philiphines yg aku tau; ie. tagalog, Jose Rizal. Dia pun mcm impress, padahal tgk kat TV je. Lepas tu bosan2 tgk lah movie Chinese, then maybe Chinese sebelah aku ni terpandang screen aku, dia pikir aku ni pulak dari China. Padahal movie tu ada subtitle english. Lepas aku gi tandas, bapa dia tanya aku, dari China ke, dengan sopan, sorry, I am from Malaysia.

Dah berapa kali punya tido, bangun baru sampai Toronto at 6.15pm. Kena pulak gi immigration kat Airport tu, nak activate study permit. First orang yg aku jumpa, dia cakap boleh masuk US even though Canada Visa aku just single entry, as long as you have Study Permit. Then kena masuk dlm office, jumpa sorang ni pulak, mungkin stress kerja, dia cakap tak bleh re entry Canada, shit. Aku cakap kat dia, the other guy told me is okay, dia berkeras gak, takpelah kang tak dpt plak Study Permit tu.

Lepas tu aku releks jap kat Airpot, tgh planning, mlm ni nak tido mana ye, sebab bilik tak dpt lagi ni. Keluarkan laptop nak tgk email, ade tak org replied aku nye email (for a room.) Sekali dia org nye airport takde Wifi, arghhh.... tension. Ingat nak tido je airport, esok pagi2 pergi lah UoW tu. Pikir punya pikir, takpelah, aku pergi je malam ni, naik van airport. Tgh tunggu van airport ni, borak dgn sorang amoi, sebab dia pun nak pergi Waterloo gak, same U. Member dia mamat sorang tu, tanya aku ni dari India ke, aku ckp je dari Malaysia. Dia org mcm tak sure sangat kat mana Malaysia, aku ckp kat sebelah Singapore, baru dia org mcm okay skit. Padahal dia org tu China mainland je.Then dia tanya aku, tahu tak Mandarin, mana aku tau, skit2 boleh lah. Aku sebagai duta Malaysia (unofficial) cuba ingatkan dia org ttg perlawanan akhir badminton single, baru dia org, ohhh Lee Chong Wei. Aku bagitau dia org ttg Lin Dan, lepas tu dia org tanya aku ttg ping pong, aku ckp lah;Ma Lin, Wang Hao ... etc. Dia org pun mcm impress lah, tahu tu semua, padahal semua tu ade dlm tv.Naik van tu sampai Waterloo dlm 11 something, terus pergi Student Life Center(SLC), tanya lah mamat ni, mcm mana nak dptkan bilik, dia ckp tak try cari ke sebelum sampai, aku jawab balik, lebih kurang sebulan punya cari tak dpt gak. Sebenarnya tenant prefer tgk kita ni kat sana(face to face), senang deal, kalo email2 ni susah skit, dia cakap lah. Then check email, guna (SLC) punya computer, mamat yg aku contact utk bilik sebelum ni tak reply pun, shit.

Then lepak kat SLC tu, tgk ade 2 orang students, aku pergi jumpa sorang mamat Arab ni, aku luahkan segala keluh kesah aku nak cari bilik, then dia ckp ade bilik dia nak offer kat aku. Oklah, janji ade, dia ckp esok call dia. Aku tanya dia, kat mana boleh beli prepaid, dia cakap, esok pagi pergi kat bawah tu ade Rogers (service provider), oklah, aku ade handphone, just beli simcard je .Mlm tu, aku planning tido je kat SLC tu. Ape yg ade kat notice board SLC tu, aku dah baca, tak bleh nak tido sebab jet lag.

Pagi tu, terus pekena coffee takde gula (gula kena minta), then cari Rogers tu, tanya lah ttg prepaid semua tu. Aku ckp aku ade phone just nak sim card je, salesman tu ckp, your phone is unlocked or locked, shit. Check punya check, phone aku tu tak bleh pakai kat sini, locked Arghhh. Lastly guna phone kat SLC tu, dia org ade free phone for local call. Petang tu baru mamat Arab tu ckp, okay, boleh masuk rumah tu.