Dec 31, 2008

Rumah Sewa Baruku

Akhirnya aku dpt jugak rumah baru utk aku sewa selama 2 bulan. Sebab mencari rumah ini jugak, Christmas holiday aku hanya di Waterloo. Dahlah masa Christmas tu aku sangap kat rumah sorang2 bertemankan laptop aku ni. Haritu tu jugak aku kena kencing dgn kedai pizza punya org. Sebab sebelum Christmas tu, aku tanya anak tuan kedai tu, buka tak masa Christmas and Boxing Day, dia dgn yakin ckp buka. Pergi je kat kedai tu, tutup, dah lah jauh nak pergi tu. Akhirnya aku masak ape yg ade, sedap tak sedap layan je.  

Masa boxing day, ialah waktu bershopping. Ade barang btul2 dia cut harga, ade yg biasa je sales utk Christmas. Balik dari pergi shopping tu, aku telefon dulu kedai pizza, order large pizza dgn 3 toppings, aku ckp nanti aku angkat. Sampai kat kedai tu aku borak dgn tuan kedai tu, aku tanya dia, kenape tak buka semalam. Dia ckp, dia dtg kedai, tapi semua kedai sekeliling dia tutup, so dia pun tutup. Then aku tanya lagi, tak sambut Christmas ke, dia ckp Christmas dia on 7 Jan for Orthodox Christian. Okay.  

Tiga hari lepas lepas boxing day, aku bgtau tuan rumah baru ni aku nak pindah. Dia dgn baik hati pergi angkat dekat apartment yg aku duduk tu. Lepas tu siap offer kat aku, nak pergi supermarket beli barang dapur ke, aku ckp ok je. Sampai je kat rumah tu, tgk bilik, mmg oklah sebab dulu masa aku dtg hanya ade couch je, so aku ingat tido kat situ. Tapi dia org sediakan katil sekali, sudah bagus tu.

Rumah dah dpt, kira dah tak mengelabah lah aku, boleh pikir bende lain pulak. Ingat nak sambut new year kat Toronto, saje mengade2 nak tgk bunga api (padahal kat KL tak pernah sambut pun). Lepas tu student Phd tu ajak tgk bunga api kat Niagara, ape lagi, aku ckp okay je. Tapi tadi dia ckp tak jadi, sebab tgk kat forecast, mlm ni suhu kat Niagara lebih kurang -25degCel. Tgklah mcm mana nanti, takut dia tukar plan nak pergi gak ke. 

(Happy New Year)

Rumah baru ni takde side walk, tak payah shovel :)



Ni dalam rumah, nasib baik aku tak reti main piano

Dec 21, 2008

Winter Storm

Jumaat, 19 Dec - Pagi tu aku bangun tidur, tgk kat luar mcm snowing je. Aku nak gi lab ni, lagipun nak sembahyang jumaat kat sekolah. Lepas bersiap, pergi bawah, tgk jalan dah penuh dgn snow, aku ikut kereta punya jalan, kalo lalu kat situ tak tebal lah snow(sebab takde winter boot). Time tu pulak dgn snow (snow+air) jatuh kat muka, sakit gila dgn angin kuat. Nasib baik bas on time, tak lama sangat nak tunggu bas nye. Sampai kat lab, baca paper, dia org ckp winter storm. Selalunya kalo winter storm, sekolah akan tutup, tapi haritu last exam, buka gak. 

Masa balik lunch, ade nampak lah, kereta sangkut tak boleh jalan, ade gak yg tgh shovel snow kat area kereta dia org. Dgr2, ade gak accident kat town. Macam2.
   




Tgh tunggu bas, basah gak lah kasut aku
Ni lobby apartment aku.

Dec 17, 2008

Ice Melting and Christmas Holiday

Next week is school holiday and probably for 2 weeks. The university will be locked and I will remote the computer from my home. It is long holiday, crap, everyone will celebrate the Christmas and for me, still need to do my research :(....... Then, something is just pop up in my head, plan your holiday man. 

Now, I am trying to plan the 'best' holiday for this year. 1st: attending the RIS conference at Toronto, 2nd: stay at home, doing the research :(, 3rd:shopping, 4th:skiing. So, tgklah nanti,mungkin hanya yg 2nd,3rd and 4th je kot. Sebab, for the RIS, you need to pay for $50 for the fee, kalo ada duit lebih, insyaAllah. 

So, what is the point of ice melting and christmas holiday? Dont know,  two different things lah. 

This is the story about ice melting. Kat sini kalo kita tinggal mcm rumah sebuah2 (i dont know what do you called it) kena shovel the snow yg kat walkway. Sebab kalo org terjatuh disebabkan snow kat depan rumahtu, tuan rumah boleh kena denda. Tapi aku takde pengalamanlah sebab duduk kat apartment. Tapi kadang2 aku nampak lah auntie tu pagi2 susah payah shovel, lepas tu tabur garam kat walkway tu. Aku rasa garam tu nak cairkan ice kot. Cari kat google dan akhirnya aku dpt link ttg garam rendahkan tahap beku air.  Teringat pulak dulu belaja kimia, sebatian (molekulA+molekulB) lagi rendah/tinggi tahap didih. 

Dec 12, 2008

4G technology?

Mobile phone technology berkembang pesat dgn adanya GSM. Dalam berape bulan sahaja company phone released a new hand phone. Pada dasarnya lebih kurang sama je dgn version yg lama, mungkin lagi kecik dan tambah features. Dan org berlumba2 beli phone yg baru, kdg2 hanya utk text and voice call je. Tapi dengan adanya smartphone, lebih byk features boleh digunakan. Ditambah dgn 3G technology, yg provides high speed connection. Tapi masalah dgn 3G, speed connection tak seperti ape yg ITU punya specs. Even dekat US, penggunaan 3G tak berape popular sangat, disebabkan data plan yg mahal, dan speed yg kurang. Mungkin di Jepun, kita tak boleh nafikan dia org punya connection, sampaikan boleh tgk streaming TV guna mobile phone. 3G ni menggunakan 2 plan, for voice and data. So, kalo sesuatu tempat tu nak enable 3G, provider kena tukar/tambah base station baru. Cost, bagi provider kalo hanya ade 10 orang yg subscribe 3G. 

Setakat ni ITU belum keluarkan lagi 4G for commercial deployment. Dan tak tau lagi bila masa yg sebenar ITU akan keluarkan. Tapi ada provider kat Malaysia claimed guna 4G technology, mungkin utk tarik pelanggan guna dia org punya service.

Dec 7, 2008

Shiver / Mengigil

Sekarang ni winter dekat Canada ni, dan suhu kat sini mmg sejuk gila. Then aku cuba tgk latitude Waterloo, Canada dan compare dgn London, UK. Kalo nak compare latitude, London lebih utara dari Waterloo, tapi bila aku tgk suhu (Waterloo = -14degCel, 9pm) (London = 0degCel, 2am). Ni disebabkan paksi bumi ni condong.  So, jarak antara bumi dgn matahari lebih jauh di Waterloo compared with London. 

Kalo korang nak dtg sini waktu winter, jgn beli winter coat dekat Malaysia, beli kat Canada, sebab baju dia org lebih tebal dan mmg sesuai dengan suhu kat sini. Tapi tgk jugak Canada area mana, kalo Vancouver, suhu dia tak berape sejuk sangat. Aku kat sini, dah beli winter coat, cuma takde winter boot je. Selamba aku harung guna running shoe je, tapi masalah utama ialah jalan licin. Ade gak beberape kali aku berjoget atas jalan, nak balance dari jatuh. Tapi bila ko dah ade pengalaman skit, ko tau nak pijak kat area mana. Aku prefer pijak kat area byk snow, daripada area yg org selalu jalan. Sebab kat tempat org selalu jalan tu, dia dah jadi mcm ais. Tapi masalahnya kalo pijak byk snow, kasut akan mula basah. 

Bila sejuk ni, selalunya tangan masuk dlm pocket atau pakai gloves, kepala plak tutup dgn touque. Sebab kepalalah tempat paling byk pembebasan haba. Dan jari tangan tempat yg paling sejuk sebab salur darah mengecil masa time sejuk tu, sebab darah byk diperlukan utk panas kan otak. Bila dah time otak tu dah sampai warning, badan akan automatik mengigil. Kita mengigil sebab hendak panaskan badan. Macam kenape kita berpeluh, sebab nak sejuk kan badan. So, kalo dah start mengigil, lebih baik cari tempat yg lebih panas, kalo tak bahaya, takut hypothermia. 

Sekarang ni aku tak berkesempatan je nak main snow :D, tgklah, ade rezeki gi main ski dekat Chicopee

Dec 3, 2008

Free Lunch - ECE Grad Students

28 Nov, Jumaat - ECE @ Electrical and Computer Engineering ada buat free lunch utk grad students. Mula2 aku pun tak tau, pagi2 tu dah bawa thermos pegi beli coffee kat Math Dept.  Dah lah aku tuang air dalam thermos tu tertumpah, so kena bersihkan kat washroom. Kat dlm washroom tu terjumpa plak Noman (member satu lab), dia nampak aku terus ckp, let's go for free lunch, aku tanya balik kat mana, dia ckp, just follow me. Cunlah. Masuk lab dulu letak thermos tu, Noman pulak panggil grad students kat dlm lab tu. So, sape yg ada kat lab tu, pergi sama2. Dalam perjalanan tu aku borak dgn Edgar (Mexican), dia ckp ini free lunch utk grad students je. okay, what about for visiting student? jalan je, sebab aku ni grad gak :D. Sampai kat conference room tu, ramai dah ada org, semua nak dptkan free lunch. Ambik makanan pun berhimpit2 gak lah, biasa lah bila dah free. Aku makan tuna sandwich je dgn buah2 skit and pop. Ade gak pizza, tapi tak berani nak makan :D