Nov 23, 2008

Ottawa - Gothic Architecture

Nov 19, aku join Tuan Amran nak pergi ke Ottawa. Dia nak renew dia punya passport, tapi aku pergi hanya utk berjalan-jalan :D. Kita org bertolak lepas maghrib, singgah di Ajax. Bermalam kat situ sebab bahaya jalan malam2 dengan light snow.  Sampai di Ajak pun dah pukul 9pm mcm tu, dan kat area situ pun still light snow. Mlm tu berborak dgn tuan rumah, Mr. Iqbal (Malaysian guy), dan dia cerita mcm mana start stay kat Canada, dan mcm mana susah nak dptkan kerja, kalo takde experienced kerja kat Canada. Tapi dia tu gigih dan sekarang ni pun dah ada rumah sendiri. 

Khamis, pagi dalam pukul 11am kita org bertolak dari Ajax nak pergi ke Ottawa. Perjalanan mungkin ambil masa dalam 5jam dari Ajax. Tapi berhenti gak, kat service center (RnR), pekena kopi dan makan ape yg dibekal dari Ajax. Sampai, Ottawa dalam pukul 6pm, dan aku kena cari tempat nak tidur mlm tu, Tuan Amran family stay kat rumah satu Malaysian family kat sini. Aku ingat nak stay kat rumah student kat Ottawa, tapi tak kenal, aku just kenal budak Toronto. Tapi aku dah inform gak kat budak Toronto, yg aku nak dtg Ottawa. Lastly, aku nekad, tido kat hostel backpackers je lah. 

Aku search kat internet ttg hostel backpackers, tapi aku tak print map dia, so kena tanya org kat mana, lastly jumpa gak hostel tu. Register, ckp nak overnight 1 mlm, walaupun aku stay Ottawa sepatutnya 2 mlm, tapi esok aku cuba iktiar mana tau, tgh jalan2 tu jumpa budak Malaysian ke. Dapat bed, kemas ape yg patut, dan ada gak sorang Australian tgh packing nak blah esok nak pergi Montreal. Dia ckp Australian n New Zealand sekarang ni tgh cuti study, so dia jalan2 ke Canada. Borak2 sikit, badan penat, dan ingat nak blah awal2 esok pagi, baring and tido.

Bangun pagi Jumaat tu, tgk phone ade msg, seorang budak Carleton U, Ottawa, add aku dlm Facebook. Nasib baik aku registered mobile Facebook, lepas tu aku msg budak tu, minta no phone dia, and dgn muka tak malu ckp nak overnight kat situ. Dia ckp, dtg lah kat Carleton U tu, jumpa kat sana, lagipun Malaysian students ada buka booth utk International Students Week. Lepas mandi, gi breakfast, lepas tu pergi parlimen kat Ottawa. Ambik gambar sikit, and planning nak pergi ke Carleton U, nak jumpa seorang Malaysian student ni. 

Sampai Carleton U, jumpa budak tu (Khamsani), dia pun kenalkan dgn budak2 yg jaga booth tu. Then pergi plak sembahyang jumaat, kat situ, dan aku dpt msg dari Sood, budak Qatar yg aku tumpang dia pergi Niagara tempoh hari. Cantiklah, dia pun nak guide aku jalan2 kat Ottawa tu, lagipun budak2 Malaysia tgh sibuk dgn booth tu. Lepas sembahyang, planning nak pergi Museum Civilization kat Quebec. Quebec ni just sebelah Ottawa, dan kebykan org kat Quebec ni ckp France. Menarik gak museum tu, ttg Canada, dari masa Red Indian, sampai ke jajahan British/France.

Mlm tu kita org dinner, aku makan Shawarma je. Lepas tu Sood offer suruh makan BeaverTails, antara yg perlu dicuba, walaupun sebenarnya rasanya takde special mana pun. Aku cuba dgn topping chocolate. Balik tu, tanya address Khamsani, dan lepak kat rumah dia, dgn 2 org students Malaysia lagi. Students ni ckp, lagi best datang dalam February macam tu, ada Winterlude kat Ottawa, mcm2 aktiviti ais, mcm skating kat Rideau Canal, ice sculptures..etc.

Ni hostel yg aku tinggal





Ni parlimen kat Ottawa

Patung perempuan yg naik kuda tu Elizabeth 2
Ni Rideau canal, nanti air canal tu freezing, canal ni nanti jadi tempt org main ski
Ni, gambar kat museum, kapal red indian kot
Pakaian red indian, ade moccasin and mohawk

Ni masa time cowboy kot

Rumah org besar British

Lepas zaman Renaissance kot
Bengkel kapal Mr. Tom

0 comments: