Oct 27, 2008

Tee-Oh aka Toronto

Semasa kat Toronto, hari Ahad tu, aku sempat melawat University of Toronto yg kira bangunan dia org ni mcm medieval age lah. UoT established 1827, dan campus yg aku pergi tu boleh dikira sebagai city campus. So, dia org ni kira mcm ada beberapa landmark, dan salah satunya University College (gambar pertama). Bangunan tu hampir 181 tahun, dan menjadi kebanggan students gak lah. Beza dgn Waterloo, yg established on 1957, hampir semuanya kira bangunan baru gak lah, itu sebab aku tak ambik gambar sangat :D. 

Habis berjalan kat UoT, ingat nak pergi CN tower dan Harbourfront, tapi dgn hujan dan angin yg kuat, aku dan Arif (student UoT, budak rumah yg aku tumpang) terpaksa balik rumah dulu. Lepas asar baru ingat nak pergi. Akhirnya aku hanya sempat sampai ke CN tower, dan tak sempat nak pergi Harbourfront sebab bas aku pkul 7.

Bas kat sini, lain macam sikit.. kena datang terminal dalam 30min awal, sebab ticket tu takde seat number. Let say, kita datang lambat, org dah queue dan kalo bas dah full, terpaksalah naik bas yg lepas tu. Kira first come, first served. Sampaikan haritu ade pakcik tua, datang lambat skit, dgn selamba ade budak tu ckp kat pakcik tu, beratur kat belakang.











1 comments:

Anonymous said...

Abg pejal... Aku dah link kan blog kau kat blog aku... hehehehe... Zafril