Oct 1, 2008

Selamat Eid ul-Fitr...raya ke tak ni

Semalam waktu debaran, seperti mana debaran menunggu penyimpan mohor besar raja2 mengumumkan tarikh 1 Syawal. Tapi kat sini kita kena refer kat website masjid pada hari selasa lepas pukul 9 mlm. Tepat pkul 9 mlm, dgn gelojohnya aku terus buka website waterloomasjid.com dan dengan gembiranya aku inform housemate aku, man....esok kita raya. 

Pelbagai planning telah diatur utk pergi menunaikan solat sunat Eid ul-Fitr. Masalah yg timbul, solat tu tak dijalankan kat masjid Waterloo, tapi kat satu park yg jauh dan makan masa dlm 20 min naik bas. Lepas tu, housemate aku bagi cadangan, kita solat kat Kitchener (Kitchener ni twin city dgn Waterloo), lepas aku check masjid Kitchener, rupanya dia gak buat kat tempat yg sama. So, takde pilihan lain, kena pergi gak ke park tu. 

Lastly, kita org decide, bertolak dari rumah pkul 7.30pagi ambik bas dan pergi ke Conestoga Mall then ambik satu lagi bas ke park tu. Thrill..Malam tu tidur awal dan bangun pagi bersiap dgn membawa sejadah. Kita org sampai kat bus stop, pkul 7.40pagi, dan tgk kat schedule tu, bas akan sampai dalam 7.45pagi. Tunggu punya tunggu, bas pun takde, badan dah hampir kejang sebab sejuk, kita org sepakat, balik je lah ke rumah. Kalo kita org tunggu next bus, mungkin dalam 8 minit lagi, tapi bas yg kat Conestoga Mall tu, setiap 30minit. So, memang tak sempatlah nak sampai masjid tu pkul 8.30pagi. Sebab kat website tu stated; 8.30pagi sharp solat, dia org sewa tempat tu utk jalankan solat. Sedikit rasa kecewa disitu. 

Tgh harinya pulak housemate aku ajak meraikan hari raya dgn lunch kat restoran Iran. Masakan dia jauh lebih sedap dari restoran Iran kat Jalan Ampang tu. Housemate aku sekali hadap je makanan tu, aku terkial2 nak habiskan. Tahu je lah, middle east nye style makan, dia org makan banyak, tapi kesungguhan Malaysia boleh, membuatkan aku berjaya menghabiskan makanan tu.

Lepas tu, seperti biasa, masuk lab, buat kerja depan komputer. Mungkin muslim lain tgh rancak meraikan Eid ul-Fitr, tapi kat sini macam biasa je. So, takde terasa sangat, sebab org lain pun kerja. Lainlah kat Malaysia, kalo org lain cuti raya, tapi kita sorang2 kat opis, sangap gak. 

Cuaca pun dah mula nak sejuk gaban, dgn hujan ditambah dengan kekurangan lemak badan. Aku mula terpikir, sama ada aku berjaya harungi dengah gagah atau lemah longlai. Harap2 metabolisma badan aku dapat menyesuaikan dgn suhu kat sini. 

5 comments:

ARYTOPIA said...

angah....selamat hari raya...kat sana EID ul FITR? bukan Eid mubarak?..pe2 je lah....neway kat kg mcm biasa je...ramai ngan sedara...mcm biasa la nothing interesting...rasenya ko celebrate sana lg best...coz new environment kan...take care....

lintau said...

terharu lak aku baca keadaan ko kat sane. dah le tinggal tulang jek.. hehehe... tp kira ok la tu, merasa gak ko beraya kat tempat orang. aku tunggu gak muke ko kat dlm paper... salam perantauan... hahahaha. selamat hari raye bro... maaf zahir batin.

Stridz said...

rasa mcm macho dan sempoi je raya kat perantauan. apply PR sana la bro. esok dah tua2 rasa nak kawin baru balik malaysia. hehe

Muhammad Hazimin Wahab said...

Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin.

Di tempat org tu, jgn nakal-nakal, ehhehe

kmnizam said...

selamat hari raya aidilfitri..huhu best noo raya diperantauan :D