Oct 6, 2008

Trivia - Konda Kondi

Konda Kondi
Permainan ni dimainkan mengikut musim gak kat area rumah aku. Ia dimainkan oleh 2 pasukan, dengan kiraan markah. Caranya, perlu ada 2 kayu;panjang dan pendek. Pergi padang atau area berpasir, korek lubang sedalam 3 inchi. First player, kena silangkan kayu pendek tu atas lubang yg dikorek. Dan yg kayu panjang tu, digunakan utk tuil kayu pendek tu. Katalah pihak lawan berjaya tangkap dengan satu tangan, kiranya semua player 'mati', kalo 2 tangan, 1 player je 'mati'. Dan kalo kayu pendek tu jatuh ke tanah, kayu panjang tadi perlu disilangkan kat atas lubang tu, dan pihak lawan perlu baling kayu pendek tu kat kayu panjang tadi. Kalo kena, 1 player mati, kalo tak player tadi akan berpeluang main lagi dgn 2nd aktiviti.

Aktivit ke 2 pulak, kayu pendek tu dipegang hujungnye, dan seperti didirikan di atas tanah, dan perlu pukul kayu pendek tu dgn kayu panjang tadi. Dendanya sama, seperti di atas. Silangkan kayu panjang atas lubang, dan pihak lawan perlu baling. Kalo bernasib baik, ke aktiviti ke 3.

Aktiviti ke 3, dipanggil 'patuk ayam'. Kayu pendek tu perlu diletakkan kat hujung lubang, dan perlu biarkan sedikit terlebih. Sebab kayu tu perlu dipukul di hujungnya, dan apabila kayu tu melompat naik, perlu dipukul dgn kayu panjang tadi. Ini aktiviti paling susah, sebab kalo tak meletakkan kayu pendek dgn betul, ia takkan melompat bila dipukul, dan anda akan 'mati'. Dan jika kayu pendek tu dipukul jauh, mata akan dikira berdasarkan ukuran kayu pendek/panjang dari tempat ia jatuh hingga ke lubang. 

Ia akan berjalan sampai kita org bosan, ataupun dah petang sebab nak main bola plak. 

(Permainan ni berbahaya jugak, dan perlu menggunakan kayu yang ringan dan bersesuaian)

1 comments:

Anonymous said...

bukan main bola tapi main baling selipar...eheheh