Sep 3, 2008

First Ramadan

First Ramadan kat Waterloo jatuh pada 2 September, kat sini dia org inform kat website pada 11 malam 31 August tu....based on Hilal Committee. Bawah Hilal Committee ni ada 81 members yg terdiri daripada Masjid2. Satu masalah yg timbul kat sini, tiada satu body yg pegang semua masjid2 ni, so kemungkinan dalam satu province ade city puasa hari ini dan ada city puasa esok. Malam nak puasa tu aku dah mengelabah nak masak sahur, tapi siang tu aku ada beli beras dgn tuna. So sebagai langkah cool, aku minta housemate aku sekeping tortilla ingat nak buat mcm sandwich lah. Letak tuna tu kat tortilla dgn lettuce skit dan wrap, lepas tu bakar. Refer kat internet, bakar pada suhu 180 deg celcius dan tunggu selama 5 minit. Wah, aku berjaya masak, dah 5 min, buka wrap tu tgk tortilla aku ni lembik semacam je, tak masak sangat lah ni. Bantai makan je.

Tgh hari nye pulak, aku pergi kampus nak ambik lab key dgn nak dptkan ID card semua. First aku pergi International Office nak bagi aku nye passport copy, then pergi plak kat Department of Electrical and Computer Engineering (EC) nak ambik kunci. Minah yg managed kunci ni suruh aku gi bayar $25 kat student account, kena pergi plak kat Needless Hall, dah bayar pergi balik EC, dia suruh pulak pergi Key Department gi ambik kunci. Penat gila, dah lah aku gi U tu jalan kaki dari rumah. Haritu gak ade orientation, byk lah student2 undergrad ni kat university tu. Macam2 aku tgk, ade yg menari beramai2, baling kek, mcm2 lagi lah. Tak ambik port pun. Tapi yg aku tgk mcm cool, Eng. punya OC kot, dia org pakai baju hitam, rambut mohawk, rantai besi kat badan, bawa kapak, hammer....pedang pun ada.

Habis buat kunci tu, aku planning nak pergi downtown jap nak ambik bas pass. Kalo ada bas pass ni, kira boleh jimat naik bas. Dia ada monthly ticket, so unlimited. Kalo tak, once naik je $2.50, dan valid within 90min. Kalo lepas je 90min kat ticket tu, void, kena beli baru. Satu yg ok ttg bas ni, kat bus stop dia ada schedule, dan tepat pada masanya bas akan sampai. Walaupun dulu Intrakota ada schedule, tapi belum lagi tercapai tahap ketepatan waktunya.

Petang tu, housemate ajak Iftar kat Masjid Waterloo. Masjid ni ramai jemaah Asia selatan, mcm India, Pakistan n Bangladesh. Sampai je masjid azan kedengaran, minum air yg kita org beli sebelum nak pergi tadi. Sampai masjid, cari tempat makan dia org, dapat lah rasa 1-2 kurma, then pergi sembahyang Maghrib. Lepas sembahyang, waktu yg ditunggu2, gi tempat makan, dah ramai org kat situ, student ramai gak lah. Makan ape yg ada, then balik rumah.

Satu yg best puasa kat sini, cuma cuaca yg oklah. Walupun tgh hari panas gak, tapi tak panas mcm kat Malaysia. Cuma panjang sikit waktu, sebab sekarang ni awal Fall, baru lepas summer. Bila dah dekat dgn winter, dah sekejap tgh hari nya. Fall setakat ni, panas tgh hari (27c), sejuk waktu malam (13c).

7 comments:

Fadli @ Eddie... said...

teruskan update bro.

mimi said...

xyah ikut sgt cam dlm resepi.kalo nk resepi sempoi pegi hanieliza.fotopages, byk resepi menarik n senang :D

onlinetoko said...

mana foto2 masa Orientation tu..?

Anonymous said...

pandai nye masak..:P

Anonymous said...

aktiviti kau apa jal di bulan puasa nih? masih tido je ke seperti masa undergrad dulu?? eheheh

Muhammad Hazimin Wahab said...

wassalam, pejal....selamat berpuasa& menyambut aidilfitri dinegara org..jgn nakal2k...hehhe

Salam lebaran
maaf zahir batin

Faizalism said...

Selamat pada semua. Selamat pagi malaysia, di RTM1