Jan 31, 2009

Skiing

Harini aku pergi join skiing kat area sini. Pagi2 kena pergi sebab ade lesson yang kena belajar utk beginner mcm aku ni. Sampai je kat tempat tu, register, lepas tu pergi tempat sewa kasut dgn ski tu. Aku minta size kasut tu, dan mmg fit dgn kaki aku. Baru aku tau berape berat nye kasut ski ni, dan tinggi kasut tu sampai keting. So, ko akan berlajan mcm robot. Lepas ambik ski, org yg ajar tu tunjuk cara nak plug kasut tu kat ski tu. Lepas tu dia suruh pergi kat area berbukit sedikit. Dia dgn cepat melangkah, aku cuba gak berjalan dgn ski tu, tapi mcm berjalan pada tempat yg sama. Akhirnya sampai jugak kat tempat dia ajar tu. Dia ajar cara nak turun, stop dan turning. Lepas dia dah ajar, pergi naik bukit tinggi sedikit, try turun and stop. 

Pada kecerunan yg biasa, mmg simple je. Aku boleh jugak turn kiri kanan, dan stop. Cuba beberape kali, dan rasa tercabar jugak sebab aku nampak budak2 3-4 tahun lagi hebat bermain ski daripada aku. Aku memberanikan diri naik chair lift utk pergi ke bukit yg tinggi sedikit dari tadi. Dengan selamba aku menawan bukit tu. Dan cuba satu lagi bukit, sedikit mencabar, kelajuan yg dikira ok lagi. Kelajuan menuruni bukit tu boleh di kawal kalo pandai ke kiri dan ke kanan. Untuk kedua dan ketiga kali gak aku turun lurus je, takde feel langsung. Aku nak cuba praktikan ape yg aku belaja tadi, turning kekiri dan kekanan, dan pada ketika itu lah, aku tak dpt imbangi badan dan tergolek sehinggakan ski aku tu tercabut. Jatuh adalah perkara biasa bagi beginner ni. Tapi susah gak, sebab dlm keadaan curam, nak bangun dan tak nak tergelongsor kebawah. 

Ada jugak student yg main snowboarding, dan dia org ckp, ski lagi senang dari snowboard. Bila aku tanya student Canada yg main snowboard, dia ckp senang je snowboard. Aku tanya lagi, sejak bila ko main snowboard ni, dia ckp sejak dari sekolah rendah lagi. Aku berhenti main, bila jari aku dah sejuk gila, hampir 5 jam jugak aku main. Pengalaman je lah, sebab jatuh pun tak sakit, tapi kaki ko berlipat lah. Tu sebab dia org kat sini, suruh budak2 kecik ni main, graviti rendah, nak bangun pun senang. 

7 comments:

Muhammad Hazimin Wahab said...

wah, mcm best... ko x dak ke gambar2 ko ski ni... adus...

Faizalism said...

Sorry aku tak bawa camera, tapi ade org bawa masa haritu.. boleh tgk kat facebook aku..

ary said...

la bukan nak amik..bukan selalu dpt experience mcm tu..kalo amik kat sana pun tak de la malu sgt..dorg mesti ingat ko foreigner so kalo capture benda mcm tu x de la malu sgt..mcm pendatang asing amik gambar tepi lebuh raya...hehehe

en. backpacker said...

Salaam,

Tumpang tanya, malaysians gi kanada ikut route mana biasanya? Sbb MAS xde flight to any of d airports in canada, kalu x silap lah.
Which airlines are normally of choice? Transit mesti kat US ke? Tolong citer skit. Tgh rancang nak gi jln2 nih.. tk

Faizalism said...

kena transit kalau nak pergi Canada. yg aku punya tu, transit kat Hong Kong. cuba tgk Korean Air, rasanya murah, elok refer to travel agent. so, ade idea lah, kat mana nak transit. ataupun transit kat US, tapi leceh sikit sebab dia nak guna VISA pulak

ShiMa said...

Wah..dah terer ber skiing ker?

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)