Oct 29, 2008

First Snow

Oct 29 - Pagi tadi lepas aku bangun je, tgk luar, salji dah turun. Walaupun sekarang ni fall season, dah mula salji. Itu yg aku kurang gemar sikit Canada ni, sejuk melampau sangat. Tadi pergi campus, pakai snow cap, kurang lah sikit sejuknya tu, tapi kat area muka ni, sejuknya tak tau lah nak cakap ape. Suhu masa nak pergi campus tadi dlm -5degCelcius. Sebenarnya yg buat lagi sejuk tu, bila angin tiup, time tu jari kaki pun terasa sejuk. Mungkin aku pakai running shoes kot, kalo pakai leather boot mungkin ok ke. Bawah ni ada gambar aku tangkap dari apartment yg aku duduk tu.


Oct 27, 2008

Tee-Oh aka Toronto

Semasa kat Toronto, hari Ahad tu, aku sempat melawat University of Toronto yg kira bangunan dia org ni mcm medieval age lah. UoT established 1827, dan campus yg aku pergi tu boleh dikira sebagai city campus. So, dia org ni kira mcm ada beberapa landmark, dan salah satunya University College (gambar pertama). Bangunan tu hampir 181 tahun, dan menjadi kebanggan students gak lah. Beza dgn Waterloo, yg established on 1957, hampir semuanya kira bangunan baru gak lah, itu sebab aku tak ambik gambar sangat :D. 

Habis berjalan kat UoT, ingat nak pergi CN tower dan Harbourfront, tapi dgn hujan dan angin yg kuat, aku dan Arif (student UoT, budak rumah yg aku tumpang) terpaksa balik rumah dulu. Lepas asar baru ingat nak pergi. Akhirnya aku hanya sempat sampai ke CN tower, dan tak sempat nak pergi Harbourfront sebab bas aku pkul 7.

Bas kat sini, lain macam sikit.. kena datang terminal dalam 30min awal, sebab ticket tu takde seat number. Let say, kita datang lambat, org dah queue dan kalo bas dah full, terpaksalah naik bas yg lepas tu. Kira first come, first served. Sampaikan haritu ade pakcik tua, datang lambat skit, dgn selamba ade budak tu ckp kat pakcik tu, beratur kat belakang.











Oct 26, 2008

Gathering Raya - Melayu Canada

Haritu aku ada jumpa seorang Malaysian PhD student (Tuan Amran) kat Waterloo, dan dia ade ajak pergi gathering raya kat Toronto. Aku tanpa berlengah lagi, terima je jemputan tu, dan terus ckp ok je. Sebab aku mmg nak pergi Toronto pun, tapi malas nak stay hotel :D, satu lagi tambah networking. Amran siap ckp, gi Toronto kat sana lepak dkt rumah budak2 U o Toronto. Mulanya mcm segan je, nak lepak situ, lepas Amran suruh add facebook budak2 tu, aku nekad je pergi, selamba. Aku bertolak jumaat naik bas dari Waterloo, sampai kat Toronto dalam pkul 7. Call budak tu dan jumpa aku kat masjid, dia bawa aku gi apartment dia org. Awal2 tu mcm stone je, segan lah, tak kenal sangatkan, lepas tu beria nak tidur situ pulak. Dah lama2, kira mcm okay je, sebab dia org semua budak undergrade je, yg paling tua pun baru first sem 3rd year. 

Esoknya, dia org planning pegi ramai2 kat tempat gathering tu, aku ikut je. Naik subway, gi Hall yg organizer dah sewa. Sampai je kat sana, aku dah dpt rasakan yg tahap bosannya. Dahlah takde member, budak2 undergrade ni kebykannya budak first year, so kenal antara satu sama lain sebab pernah jumpa kat Taylor College dulu, kebykan dia org ni dapat scholar JPA. Cari Tuan Amran, tak dtg lagi. Bosan2, tolong prepare ape yg patut utk majlis tu, the rest, duduk sorang2. 

Bila start majlis tu, kira okay lah, aku tgk je persembahan budak2 ni. Ada gak family yg buat persembahan gak. Bawah ni antara gambar yg sempat di ambil.










Oct 13, 2008

Oktoberfest - Thanksgiving parade

Isnin, 13 Oct. - Harini cuti bagi Canada sebab Thanksgiving. So, dia org ada parade dan pada masa yg sama gak dia org ada Oktoberfest. Pagi2 aku dah bangun, dgn penat Niagara masih terasa lagi berjalan kaki ke King St seorang diri. Di bawah ni antara gambar di parade tu. 















Oct 11, 2008

Niagara Falls

Sabtu, 11 Oct - Akhirnya pergi juga aku ke Niagara Falls, dengan ihsan Sood (kawan housemate aku). Sebenarnya aku planning, nak pergi minggu depan atau minggu satu lagi dgn menaiki bas yang akan mengambil 4jam perjalanan dan stay satu malam. Tetapi dengan adanya kereta, hanya 2jam perjalanan dan one day trip. Aku nak tgk mcm mana dia punya falls dan nak naik Maid of the Mist. Kita org pergi berlima, aku, housemate (Khaled), Sood, 2 org lagi undergrade kawan Sood. Kita org stay sana sampai malam dan kat bawah ni antara gambar di Niagara Falls. 

Picture descriptions
1. Dalam kereta, kat depan tu ada perbarisan ape ntah di Waterloo. Kita akan pergi ke Niagara berdasarkan GPS navigation
2. Ini Sood, student di U 0f Carleton, Ottawa. Dia ni dari Qatar. Really nice guy, harakat.
3. Cuba tangkap gambar pelangi
4-7. American Falls
8-9. Canadian Falls (Horseshoe Falls)
12. Cuba tgk mist Horseshoe Falls, kat area situ mmg basah, lagi2 kalo angin kuat.
13. Gambar pelangi lagi, kali ni dgn lebih jelas
14. Ni antara 4 org, Amir (undergrade, dari Mesir), aku, Khaled (housemate aka bouncer), Sood
15. Tu boat yg aku naik, dia akan pergi ke American Falls & Horseshoe Falls sedekat yg boleh.
17-19. Gambar falls yg aku cuba tangkap waktu malam, tapi disebabkan light exposure yg kurang, ini jelah yg mampu ditangkap dgn camera Benq DCC40.
20-25. Gambar nightlife kat downtown. Ade macam2 aktiviti kat situ, yg penting duit je.